Wednesday, October 5, 2016

AKU MANUSIA

Sakit..Sakit.. Sakit
Sakit bila kita mula sayang ada hati yang berbolak balik
Sakit bila kita percaya ada yang khianati
Sakit bila kita baik-baik je tiba2 ada dugaan datang

Sakit yang susah nak cerita
Ada yang macam sakit jantung
Ada yang macam kena semput
Susah! tapi memang sakit

Bila mula sakit, syaitan mula bisik 
'Teruskan meraung merayu'
'Bomohkan dia'
'Balas dendam lah'

Kita manusia
Bukan kita nak semua dapat
kau kena percaya
ini hikmah sebenarnya

Kata Farah Lee "LIfe is short and dunya is temporary. Don't grieve over things so bad,sometimes we have to let go to give space for a better thing to get in.Maybe the same thing but in better form or just an other better thing"

Percaya dan percaya. Allah dah susun cantik aturan hidup kita. 
atau barangkali kita lupa
"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas dirimu pedihnya sebuah perngharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia.

Ini yang aku kata hikmah. Kita leka kita lupa. 
Tipu kalau cakap tak nangis,pedih sakit semua ada
Tapi Allah dah kurniakan otak yang waras
Fikir balik dan positifkan diri

Kena ingat!
Ada orang lain yang turut terasa bila kita down
Kawan-kawan,keluarga
Akibat terlalu melayan perasaan sedih sampai terlupa siapa yang ada disisi kita

Doa. The powerful tool. Itu je.
Moga yang baik-baik buat kita


P/s: Buat dia, saya dah lama maafkan.

Friday, June 20, 2014

ILUSINASI

kita pimpin tangan
aku lending bahu kau
duduk seiringan
kau kata kau gembira
bagi aku ini bahagia
kau janji segala apa
aku senyum tanpa kata
Aahhhh,cukup indah
Celaka,ini ilusinasi aku semata
bukan aku sahaja
kau juga fikir sama..ini gila..:)



#contengpuisi

DALAM DIAM

Dalam diam aku simpan rasa
Dalam diam kamu,aku suka
Dalam diam kamu,aku puja
Dan dalam diam aku mulai cinta
Tapi kau pandang aku sebelah mata
tak sempat aku ungkap kata cinta
rasa malu bila mahu meminta
sebab itu dalam diam aku bicara..


#contengpuisi

Tak Nampak?

Kau kata dia macam suka pada aku
hanya kerana dia rapat dengan aku

Apa jadah
Aku rapat dengan kau
Tak nampak aku suka kau?

Lembab!!!!


#contengpuisi

Thursday, June 19, 2014

SETELAH 8 BULAN

Assalamualaikum semua!!!!! :)


Hurmmm,mcam chipsmore aku buat blog nie..hehehe *garu-garu kepala*

Bukan apa,sekarang nie makin jarang nak pegang lappy jadi sistem nak meng-update tu agak slow..Bukan apa setelah hampir 8 bulan lepas last entri aku tu,macam-macam berlaku..

HAAAA!! Ni la den nak kobar apa itu setelah 8 bulan.

Sepanjang 8 bulan nie,macam-macam dah jadi,happen,berlaku (ok,maksud sama je)..hahaha

Nak aku senaraikan??
-Final Exam utk last sem aku..Btw,nak kabor yg result aku dah keluar dah aku bole tarik nafas lega sikit sebab takde yang sangkut dan boleh graduate..Yeahhhh,Alhamdulillah. :D

-Lepas je final exam, ada Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UiTM yang berlangsung di 2 buah UiTM Melaka iaitu Alor Gajah dan Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdulillah,one of team dri UiTM Negeri Sembilan dapat break quater cuma tersangkut kat situ jelah..ntw aku tetap bangga dengan semua sebab bukan senang tau lagi-lagi nak dapat break quater lagi.

-Lepas debat, aku attend kenduri kahwin 2 abg sepupu aku. Tahniah my brader dah jadi laki orang. hehehe..

-Lepas tu aku terus cari kerja. Yang nie nak cerita memang panjang. Macam-macam aku tempuh sepanjang cari kerja ni. Boleh dikatakan aku nie sempat la merantau. Hahaha....
Dipendekkan cerita aku dah terai di interview utk job di beberapa kedai di KLIA 2..Gaji banyak beb..Cuma bila interview aku dah berjaya dan2 itu jugak sekolah telefon aku untuk diserap masuk untuk jadi guru sandaran. Siapa tak suka lagi-lagi sekolah tu dekat dengan rumah kau. Tak payah risau pasal hostel semua. Cuma kene buat pilihan dan selepas berbincang dengan family, ayah terus ajak kerja kat rumah je..Dan aku terus tolak tawaran KLIA 2 dan balik semula ke rumah.. (Hahaahha,KLIA kene reject),,hehe  *just joke*


Dan akhirnya, aku selamat menjadi seorang cikgu walaupun guru ganti selama hampir sebulan dan aku masih lagi seorang cikgu. Kontrak gua lama kot.. Mungkin berhenti bila dapat tawaran sambung degree. Mudah-mudahan dapat la kan..Amin..

okay,loceng dah berbunyi...jom balikkkkkk :D

*aku pulak yang suka*


Wednesday, November 13, 2013

SEMUA PAKAI ONLINE??

Assalamualaikum kalian :)

Hurmmm,alasan mungkin sama jugak seperti sebelum ini
*Da lama tak update blog sebab busy*
Tapi kali lain sikit
*Da lama tak update sebab malas dan tak ada mood*
hahahaha...idea ada je nak update tapi kalau mood tak mahu bekerjasama sekali susah laa..

Ok,by the way entry kali nie just nak wat iklan sikit
Al-maklum la blog ada apa salahnya kan nak guna untuk beriklan bisnes sendiri
hiksss.. :)

Ok,First of all korang boleh klik kat link nie MODA LAB (FACEBOOK) atau yang ini MODALABSHOP (instagram) atau kedua2 nya sekali..
but better yang facebook sebab aku selalu update kat situ..
Insta??? Ermmm,since ada satu incident nie aku da jarang update di insta..tapi akan cuba diusahakan jugak to update di insta yee..hehe

MODA LAB NI APA??
ok,nie Q/A yang paling common orang tanya..Moda Lab nie adalah bisnes online yang menjual dress cantik2,shawl terkini,kasut yang gojes,aksesori dan spek hitam yang menawan dan sebagainyaaa bersama warna2 yang sangat cantik dan ada juga colour blocking..Terlalu banyak nak di describe kan just tekan je link yang diatas..Take a look lovely people..weeee :)

EHHH,CANTIK LAA..KALAU BERMINAT MACAM MANA??
The second common orang yang biasa tanya macam mana nak order..Don't worry guys.
Semuanya dah pun diterangkan dalam link tu..
Pm bole and senang melalui wassap or wechat..

So,kalau korang ada masalah nak cari dress cantik2 untuk majlis kawen,tunang,dinner atau baju untuk konvo sekali pun,jangan segan2 cuci mata di MODA LAB..

Feel free to visit and happy shopping :D


# Thank you..credit to : Dina Masnan for ur guide,Amalina Sani for ur help di insta, my family and all my lovely friends.. :D








Sunday, September 29, 2013

Unexpected Event

Time exam je baru terhegeh2 nak update blog,
well,tak de keje langsung kannn *lempang muka sendiri*..kekeke
Okay, ASSALAMUALAIKUM semua...
just nak share some unexpected event,moments,memories...
22 SEPTEMBER 2013
Time ni ada beberapa hari lagi before final 25/9
Ya,beberapa hari tu juga macam-macam benda berlaku
That's why i called it as UNEXPECTED EVENT..
The first things is that time plan 3 pagi punya and terus gerak lebih kurang 11 pagi
Buat kerja gila with last minute planning pegi PORT DICKSON
Kalau dah kempunan nak jumpa pantai,macam-macam cara boleh buat..
and the best part is seronok tengok kawan-kawan kita bukan main seronok nak pergi pantai..Happy for it..
So,unexpected and make us surprise is bila salah seorang bekas lecturer yang pernah mengajar pun join sekali..siap offer naik kereta beliau..Nie memang betul-betul yang tak dirancang..Bak kata orang last minute plan tu lah yang menjadi..hahaha
Seriously,happening sangat jumpa pantai..Kalau boleh nak rumah tepi pantai macam cete Full House (ok,berangan)..hehe

Kami Berempat


After tangkap gambar bagai siap buat nyanyi lagu SAHABAT dengan gitar by Sir Luqman kat tepi pantai,berangkat pulang lah kami ke Pilah.
And the most unexpected event bila end up dengan kes yang tak diduga..The most important things hilang dalam sekelip mata.. :'(
Time tu tak tahu nak cakap apa..Ada orang tanya kenapa tak menangis handphone and spek ko hilang and my answer is "Benda Dah Jadi"...
Perkara yang aku pegang selama nie "Apapun benda buruk berlaku,Ingat!!! Allah dah rancang yang terbaik buat kita"
Aku percaya ini semua ada hikmah.Allah tarik sebab nak gantikan yang lebih baik mungkin.Who knows.


So,benda happening jadikan kenangan,the bad moment jadikan pengajaran.. :D
~GRACIAS~
 


Wednesday, August 7, 2013

JUJUR (Raya Edition)

Jujur.Aku mahu buat pengakuan.Aku mahu mohon kemaafan buat kalian.
Kalian yang dikasihi, disayangi, dicintai dan juga dihormati..
Tak lupa buat kalian yang bencikan dan bermusuhan dengan diri ini.
Aku manusia punya cacat cela bukan maksum sempurna segala.
Aku manusia serba serbi kekurangan yang tak punya apa kelebihan.

Justeru itu jujur aku khabarkan pada kalian
Aku mohon  seribu kemaafan terhadap sejuta kesalahan dari diri ini buat kalian
terhadap salah kata salah laku dan segala macam salah
dan atas segala perangai diri ini yang menyusahkan kalian yang mengenali

Dikesempatan ini aku mahu ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

buat kamu kamu dan kamu
Dan ini JUJUR dari aku buat kalian.. :')





Friday, August 2, 2013

Dendang Perantau

Assalamualaikum kalian,
jap ehh,nak halau habuk
fuhhhhh fuhhhhhh
ok,da bersih skit..berabuk juga blog nie..
Orang kata laman sesawang,ermm memang patut blog nie bersawang


Actually, pada ketika dan saat ini jatuh hari jumaat dimana hari jumaat terakhir bagi Ramadan tahun 2013
Ramai juga student dah balik since hari rabu lagi
Aku pula tabah nak harung test ari jumaat
BTW,yeahhhhh setel test dengan senang hati kemas barang sambil layan lagu raya
Memang epic nak balik beraya ni
Perasaan ni tak sama macam kau orang nak balik weekend..kannn

Buat kalian yang sedang berkemas baju tu jangan nak epic sgt bawak banyak baju,
raya sekejap je kali ini..haaaa
Ok,sesapa yg sedang drive or ada atas jalan hati2 balik ke rumah masing2..
lately nie banyak betul wabak yg ada so jaga kesihatan kalian

Nanti tak adalah kena kuaratin balik raya nie
Almaklum laa,naik raya nie berlambak test bagai..sabar jelah

Papepun, aku nak ucapkan selamat bercuti buat kalian..
wish raya?? tggy entry raya la kannnn...see yaaa... :D


Salam dendang perantau dari insan yang suka merantau..xde kaitan?? belasah jelah..heee




Sunday, May 26, 2013

HEARTSTRING OST

Assalamualaikum readers....
ermmm,for sure kali nie agak lama tak update..
last entri pasal nak exam kannnn
sekarang nie dah cuti and tinggal berapa hari je nak naik sem baru..

So entri kali ni nak share pasal lagu2 yang ada kat drama korea
Drama untuk kali ni ialah HEARTSTRING...
cerita nie memang sweet habis...pasal kisah dekat uni..mmg sweet
kadang2 bila aku tengok cerita nie macam berkobar2 nak naik sem nie..
hehehe..
so kebanyakkan lagu2 kat drama korea ni lagi best dari KPOP... (menurut my opinion laa)
Sebagai pencerahan,KPOP dan Kdrama lain ye walaupun pokok asalnya datang dari korea..
Kebanyakkan lagu2 kat Kdrama nie lagi "meaningful" dari KPOP yang kekadang liriknya takde maksud apa pun...

Tenangkan jiwa dan minda anda,kita layan lagu dari drama nie..










~Annyeong~

Friday, March 22, 2013

~~WHAT GOES AROUND~~

Assalamualaikum and hello people,
what u doing haa?? Having a nice day with beloved one or books??
Books??
Yeah,im juz having my day with my books,past year,notes..=.=
u know what???
Next week is my final exam for this semester..
so i  have a few days to 'eat' alllllllll syllabus..
otoke otoke (what can i do,what can i do)...



ok,stop grumbling here okay..it cant change anything unless u get up now and go study!!!

So to my friends out there, good luck in ur exam and u must remember 3 words...USAHA,DOA,TAWAKAL...=)    
~annyeong~







Tuesday, March 12, 2013

BIOR RANGERS

Assalamualaikum kekawan..
hai,rasa da lama tak conteng blog nie
ok,memandangkan final exam pun nak dekat so EJ sibuk sikit ngan segala test and quiz..
Biasa lah short sem katakan..semuanya terkejar..

But dalam kesibukan segala macam nie
i have a great weekend with ranger's members..

chop,rangers tu ape ek??
ok,Rangers nie nama kelab tok kelab basketball kat sini.
so pada hujung mggu lepas rangers adakan Bring It On Rangers di Residense Desa Lagoon,PD
sesapa peminat cete Setia Hujung Nyawa and prnah tgok cete Aku Terima Nikahnya,so that the place
awesome and lawa gler...dan ini kali kedua aku kesini atas tiket yg sama BIOR jgak..hehe

cete pun tak guna,EJ pun malas nak stori panjang2..so EJ selitkan sdikit gmbar2..take a look :)

*berangkat bertolak menuju destinasi...hee

 *gadis2 NAZA

 *Lawa tak lawa..haaaa

 *Hai pantai...:D


 *Yo Green

*Blue team (my team) VS yellow team

*Red team

*First game: Limbo limbo...

*Second game: Running Man..(my team winner)..:)

 *Third game: Dodge ball

 *Malam BBQ..


 *Game nie plg kelakar..sape peminat running man mesti tau game ape nie..ala,yg pusing2 tu pastu jalan mcam kat bwah nie...

 *When u spin,ur medulla also spin..haha...akhirnya jalan macam ketam..

Akhir sekali ada sesi sharing (pecah biskut) with kak bella and abg wan..What we can learn is about bonding each other and team when we face a problem.Always keep calm and think positive..:)


*with one of the lesboss member..:D

~sayonara~









Wednesday, January 30, 2013

K.E.L.A.B.U

Dalam dunia ada

-cinta benci-
-baik buruk-
-turun naik-
-yes no-
-lelaki perempuan-
-gay lesbo-
-hitam putih-

tapi apa jadi yang ditengah-tengah
tersempit diantara dua
mungkin tak jelas antara dua seperti diatas
kabur,samar,keliru,
dan yang pasti itu dunia KELABU























MIMPI


Hari ini aku bermimpi

Ku bermimpi aku menulis buku dongeng pertamaku

Sejak kamu membuatku gambar-gambar ini

aku merasa mimpiku semakin dekat

Kerna bersama kamu

aku tidak takut lagi untuk jadi pemimpi.........

-Perahu Kertas-



Thursday, January 17, 2013

Belayar

PERAHU KERTAS OST


Aku capai kertas itu
masih bersih dan putih
jemari aku mula menari
diatas kertas putih itu

akhir kertas itu
aku tulis nama baru
aku lipat ia jadi perahu

Aku damaikan kertas itu di atas tasik
hanyutlah ia tanpa terusik
mengemudi  nama itu 
dalam perahu kertas ku..........

p/s: propaganda semata-mata..:D


Tuesday, December 25, 2012

Perempuan & Single

SINGLE??? Yes,single bukan plural.
Single maksudnya satu.
Tak berpasangan.
Tak berduan,bertigaan atau berseratus-an
Ianya satu atau dengan kata lain sorang.
Yes,maksud aku disini hanya untuk kehidupan seseorang yang hanya dia sorang saja lakukan dalam hidupnya..
Dia kerja untuk dirinya.
Masak untuk dirinya.
Basuh baju untuk dirinya.
Bangun tidurnya pun untuk dirinya.
Maka,segala-galanya hanya untuk dirinya sendiri bukan untuk orang lain tak kisah la sama ada untuk suami atau  pakwe...
Ini kerana mereka masih SINGLE.

Tapi ada banyak masalah yang dihadapi oleh orang single nie..

1) "Siti!!!! Bangun nak.Apa nak jadi ni.Kang takde sape nak masuk minang kau baru taw" suara Mak Jemah memecah kesunyian  di corong telefon pada pagi Ahad.
     Ok,yang pertama sekali..Dia nak bangun pagi lepas subuh tu untuk siapa?? Lain la kalau da ada suami ,memang wajib berjaga lepas subuh tu untuk buat sarapan tapi dia single..so untuk siapa dia nak berjaga lepas subuh tu..Ahad kan,cuti ni lah dia nak berehat.
      Yang kedua bila dah masuk bab takde orang masuk meminang.Aku percaya jodoh pertemuan ditangan  Tuhan..(^_^)V

2) "Pemalasnya kau nak masak,nanti kebulur suami kau"
       Ni yang aku tak faham.Malas dia pun hanya untuk dia.Dia single.Makan minum dia suka hati dia nak buat apa.Bukan dia ada suami nak kena wajib masak.Lagipun apa dia heran kalau malas,Maggi kan ada..hahaha..Ok,berkaitan dengan perempuan nie.Mereka sebenarnya rajin lagi2 bila dah berumahtangga.Jangan risau pasal mereka yang malas masak or tak reti masak..Cuba tengok mak2 kita.Asalnya mereka pun tak reti masak or malas tapi bila dah ada suami mereka tahu itu tanggungjawab mereka.Cuma apabila seseorang perempuan yang memegang title SINGLE,mereka nak masak rajin2 pun untuk siapa??? 

That's the common perempuan SINGLE selalu alami.Ini bukan berkisarkan tentang apa aku alami semata-mata tapi ianya apa yang aku lihat dan dengar sendiri dari orang sekeliling.YES,lepas nie mesti ada orang cop perempuan zaman sekarang semuanya pemalas la and seangkatan dengannya.Tak yah tunggu lepas nie,memang dah ada orang cop perempuan zaman sekarang macam tu BUT please open ur mind..Mereka nak rajin sangat mengalahkan suri rumah tangga tu untuk siapa.Mereka single.Ya,memang tak diakui anak dara memang kena rajin but rajin mereka bertempat.
Time single nie lah mereka nak bermalasan2 atau whatever sebab mereka tahu khidmat mereka apabila dah ada suami nanti..So,jangan nak pelik sangat kalau perempuan zaman sekarang macam nie.Pantang je perempuan mesty dikaitkan dengan rajin.Ya,perempuan memang rajin tapi bertempat.Jadi jangan pelik or risau sangat ye kaum Adam diluar sana.As long perempuan tersebut tidak buat perkara yang tak senonoh,itu da cukup baik buat dirinya..:D

Jadi kesimpulannya,jangan disamakan perempuan SINGLE dan yang sudah PLURAL.Mereka single jadi apa yang mereka lakukan hanya untuk diri mereka sendiri.Usah dipertikaikan kemalasan mereka kerana kau jugak akan terkejut dengan kerajinan mereka apabila berumahtangga nanti.Jadi jangan nak kolotkan otak ye,cuba berfikiran seperti dalam kotak yang penutupnya terbuka bukan kotak yang dah diselotipkan keseluruhannya..(amboi,ayat aku)..*gelaksendiri  >_<

 *perempuan single boleh dikatakan independent women..:)

Assalamualaikum buat kalian..^_^

Tuesday, December 11, 2012

MAHA 2012

ORAIT..entry kali nie spesel skit..
sebab itu lama benor cek nak pi update pasal entry nie
Ok,kali nie about MAHA 2012..
The big event for malaysian to explore what MALAYSIA do in our industries..
So,dalam masa aku cuti sebulan ni sempat jugak join event ni after berhempas pulas debat dekat shah alam tempoh hari..
Yes, tak ada lah orang cakap aku ni makan tidur je time cuti...
Time cuti la harus mencari nafkah hidup..kannn...

Terus kepada cerita yang ingin disampaikan
MAHA hanya berlangsung selama 10 hari bermula 23 Nov smpai 2 Dec 2012 but then aku hanya berada disana 13 hari (2 days before)..hehe

But dalam masa 13 hari itu,i get what i need..Kat sana,aku belajar banyak benda..
Aku belajar pasal bisnes,random communication,critical thinking bila ada masalah and aku dah memahami about malaysia brand yang kita asyik pandang remeh je kann..(Boleh jadi usul debat nie).:)
Tapi part paling best bila dapat kawan2 yang gila cool and best...
And dengan adanya MAHA,tercapai jugak satu cita-cita kecil aku yang aku nak cuba jadi cashier.

Sukar digambarkan kepenatan yang dirasai but dalam kepenatan itu aku dapat sesuatu yang boleh aku pelajari dalam hidup..
For those memories,aku selitkan beberapa gambar sepanjang aku bergelar volunteer MAHA..

# my lovey dovey cousin and kak mun mun..:)

# yes,thats me with kak nor comel..:D

#with akak2 cool abis...

# abg2 badang agro hypermart

# rindunya kaunter no 3..(kaunter yg aku jaga)..>_<

# cashier yang busy kira duit...

# Antara orang kuat Agro Hypermart

# Last but not least,WE ARE RANGERS OF MAHA 2012..:D

*Duit pinjaman tak kuar lagi..nasib ada duit gaji..:/


Wednesday, December 5, 2012

DIAM

Pertama sekali aku tulis entri nie cuma menggunakan phone..sebab aku rasa ianya perlu segera di postkan..kalau bukak lappy,alamat memang lambat la and lupa apa nak disampaikan..

DIAM
semua orang tahu frasa nie tapi tak ramai aplikasikan secara betul..
DIAM
sebelum mulut kau keluar perkara bernanah
sebelum mulut kau aku sumbat dengan kapas mayat

dan aku nak kau DIAM
dari perkara berdarah

dan kenapa aku DIAM
sebab aku tak mahu timbul fitnah
aku tak mahu spekulasi ntah pape
dan aku masih DIAM
kerana aku meneliti kehidupan..

DIAM dan FIKIR


kalau aku diam sbb aku tak nak keadaan menjadi lebih keruh dari memuntahkan perkara tak benar

First Week For Student Part 4

Assalamulaikum sume...
ermmmms,entry kali nie juz suka2 je tulis...
maybe i wanna share what i've done for these day..
arinie da hari ke 2 aku kat uitm...
patotnyer hari ke 3...ermmm,nie sbb aku masuk lmbat..
terpaksa ponteng kelas sehari....(ponteng pertama tak ambik kira..hehehe)

Ok,start stori...First day kat sini tak ade pape yang berlaku..
Semuanya berlaku secara SMOOTHLY...hehehe...
mcam biasa la..aku gi kelas,balik kelas,pegi anjung beli lunch and balik rumah...
But in my QMT class,Mr Foo da bg warning..kamis nie da ada quiz...
OK,balek memang kene study...=.=
It's ok..juz nak fresh blek silibus masa SPM dlu...huhu..


The second day,aku tak de kelas....Wahhhhhh,heavennya lepak rumah...
Seharian aku layan movie je...Ok,da lama tak usha movie..(bajet sibuk sgt time cuti kan)..:P
But today i saw sumting...tgh hari td aku pegi anjung macam biasa nak beli tok lunch..
And i saw someone..someone yang memang aku tak nak tengok...
Tapi nak wat mcam mana...Dia pun belajar tempat yang sama,terpaksa la kalau terserempak kan..
Yang penting buat tak tahu je kan..habis cerita...Lagipun aku ni tak ada masa nak ambil tahu hal orang...Hal aku lagi penting..ahaks..hehehe (Nasib baik bukan sama kos)..:D
Part ni tak penting pun nak cete sangat...

For this sem,aku harap segala jalan cerita untuk sem nie berjalan lancar...Aku ada kawan-kawan yang happening,gila dan kuat membahan..hahaha...Aku ada family yang sangat memahami...Biar orang cakap aku single but I'm not forever alone because i have Allah that accompany me...Apabila kita dengan Allah,Allah akan hadiahkan kita seseorang untuk menjaga kita seumur hidup...InsyaAllah,take note ye my future husband..hehehe...


Ok la,entri kali nie terpaksa aku stop kat sini...Lain cerita kat next entry ye...Malam ni ada meeting...So,gotta go...huhu...:)

XOXO:EJ


*EJ sekarang pakai spek old skool..hitam wei..ngeeee:)

Saturday, November 17, 2012

PHOTOSHOOT 2

Assalamualaikum
agak lama tak edit gmbar..
yelah,cari ilham org kata..hahahaha
btw gmbar nie sume aku shoot sepanjang jlan nak ke batu kikir kat n.9
tempat nie siyes lawa wat photoshoot wedding..
(impian nak shoot tmpat2 hijau lagi permai)..huhu
tak payah bnyak cakap..take a look..:)




last but not least



Onion Club - Onion Head - Onion-kun