Wednesday, August 7, 2013

JUJUR (Raya Edition)

Jujur.Aku mahu buat pengakuan.Aku mahu mohon kemaafan buat kalian.
Kalian yang dikasihi, disayangi, dicintai dan juga dihormati..
Tak lupa buat kalian yang bencikan dan bermusuhan dengan diri ini.
Aku manusia punya cacat cela bukan maksum sempurna segala.
Aku manusia serba serbi kekurangan yang tak punya apa kelebihan.

Justeru itu jujur aku khabarkan pada kalian
Aku mohon  seribu kemaafan terhadap sejuta kesalahan dari diri ini buat kalian
terhadap salah kata salah laku dan segala macam salah
dan atas segala perangai diri ini yang menyusahkan kalian yang mengenali

Dikesempatan ini aku mahu ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

buat kamu kamu dan kamu
Dan ini JUJUR dari aku buat kalian.. :')





Friday, August 2, 2013

Dendang Perantau

Assalamualaikum kalian,
jap ehh,nak halau habuk
fuhhhhh fuhhhhhh
ok,da bersih skit..berabuk juga blog nie..
Orang kata laman sesawang,ermm memang patut blog nie bersawang


Actually, pada ketika dan saat ini jatuh hari jumaat dimana hari jumaat terakhir bagi Ramadan tahun 2013
Ramai juga student dah balik since hari rabu lagi
Aku pula tabah nak harung test ari jumaat
BTW,yeahhhhh setel test dengan senang hati kemas barang sambil layan lagu raya
Memang epic nak balik beraya ni
Perasaan ni tak sama macam kau orang nak balik weekend..kannn

Buat kalian yang sedang berkemas baju tu jangan nak epic sgt bawak banyak baju,
raya sekejap je kali ini..haaaa
Ok,sesapa yg sedang drive or ada atas jalan hati2 balik ke rumah masing2..
lately nie banyak betul wabak yg ada so jaga kesihatan kalian

Nanti tak adalah kena kuaratin balik raya nie
Almaklum laa,naik raya nie berlambak test bagai..sabar jelah

Papepun, aku nak ucapkan selamat bercuti buat kalian..
wish raya?? tggy entry raya la kannnn...see yaaa... :D


Salam dendang perantau dari insan yang suka merantau..xde kaitan?? belasah jelah..heee




Onion Club - Onion Head - Onion-kun