Thursday, June 19, 2014

SETELAH 8 BULAN

Assalamualaikum semua!!!!! :)


Hurmmm,mcam chipsmore aku buat blog nie..hehehe *garu-garu kepala*

Bukan apa,sekarang nie makin jarang nak pegang lappy jadi sistem nak meng-update tu agak slow..Bukan apa setelah hampir 8 bulan lepas last entri aku tu,macam-macam berlaku..

HAAAA!! Ni la den nak kobar apa itu setelah 8 bulan.

Sepanjang 8 bulan nie,macam-macam dah jadi,happen,berlaku (ok,maksud sama je)..hahaha

Nak aku senaraikan??
-Final Exam utk last sem aku..Btw,nak kabor yg result aku dah keluar dah aku bole tarik nafas lega sikit sebab takde yang sangkut dan boleh graduate..Yeahhhh,Alhamdulillah. :D

-Lepas je final exam, ada Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UiTM yang berlangsung di 2 buah UiTM Melaka iaitu Alor Gajah dan Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdulillah,one of team dri UiTM Negeri Sembilan dapat break quater cuma tersangkut kat situ jelah..ntw aku tetap bangga dengan semua sebab bukan senang tau lagi-lagi nak dapat break quater lagi.

-Lepas debat, aku attend kenduri kahwin 2 abg sepupu aku. Tahniah my brader dah jadi laki orang. hehehe..

-Lepas tu aku terus cari kerja. Yang nie nak cerita memang panjang. Macam-macam aku tempuh sepanjang cari kerja ni. Boleh dikatakan aku nie sempat la merantau. Hahaha....
Dipendekkan cerita aku dah terai di interview utk job di beberapa kedai di KLIA 2..Gaji banyak beb..Cuma bila interview aku dah berjaya dan2 itu jugak sekolah telefon aku untuk diserap masuk untuk jadi guru sandaran. Siapa tak suka lagi-lagi sekolah tu dekat dengan rumah kau. Tak payah risau pasal hostel semua. Cuma kene buat pilihan dan selepas berbincang dengan family, ayah terus ajak kerja kat rumah je..Dan aku terus tolak tawaran KLIA 2 dan balik semula ke rumah.. (Hahaahha,KLIA kene reject),,hehe  *just joke*


Dan akhirnya, aku selamat menjadi seorang cikgu walaupun guru ganti selama hampir sebulan dan aku masih lagi seorang cikgu. Kontrak gua lama kot.. Mungkin berhenti bila dapat tawaran sambung degree. Mudah-mudahan dapat la kan..Amin..

okay,loceng dah berbunyi...jom balikkkkkk :D

*aku pulak yang suka*


No comments:

Post a Comment

Onion Club - Onion Head - Onion-kun