Sunday, October 7, 2012

I will STOP if i can..

i will stop if i can....
Bait-bait ayat nie selalu aku jumpa kat cete korea..(penonton drama korea yang tegar)..hehe
Walaupun ianya hanyalah drama tetapi aku rasa kekadang ada part yang masuk dalam jalan cerita aku..
(ermmm,mungkin pengarah korea tu taw jalan cerita aku kot)..hehe

Disaat aku coret entry nie,aku dalam satu keadaan yang memerlukan segala bentuk aspek sama ada perlu atau tidak aku membuka pilihan tersebut..Dalam tahun yang semakin menginjak usia nie,aku keliru dengan perasaan sendiri..Pilihan dimana aku perlu berhenti atau perlu menunggu dipondok itu..Mungkin korang yang baca nie tertanya-tanya apa yang aku merepek nie an..Pilihan la,pondok la,macam macam tapi keadaan macam ini lah yang membuatkan kita manusia berfikir..fikir dengan lebih rasional,lebih matang...
Mungkin tempoh bertahun itu yang lebih mematangkan aku apa perasaan aku terhadap hubungan aku dengan dia...kami hanya kawan tapi entahlah..mungkin sebelum nie kami ada ceritera yang tersangkut tetapi terjalin kembali selepas aku sendiri sudah bersedia untuk menempuhnya..Harapan dulu hanya tergantung..dan aku takut harapan lama itu wujud kembali tetapi dalam versi yang lebih matang..aku takut harapan itu wujud kembali..takut untuk menghadapi kekecewaan sekali lagi..Sebab apa? Sebab aku rasa aku hanya bertepuk sebelah tangan...

Terus terang ku katakan,tahun-tahun yang aku jalani sepanjang bersahabat dengan dia membuatkan aku semakin keliru dengan perasaan sendiri..Semakin aku cuba untuk menidakkan,semakin kuat perasaan ni..Kenapa dia baik sangat dengan aku? Tak tahu sama ada dia sedar atau tidak yang aku pendam perasaan kat dia.Bertahun aku kawan dengan dia,bertahun juga aku tnggu dia...Dan disebabkan tahun itu yang aku menanggung perasaan ni,aku terfikir...perlukah aku berhenti sukakan dia dan membuka pilihan dengan orang lain? 

Mungkin ada yang beranggapan yang ini semua bodoh sebab bazirkan masa  setia pada satu rasa yang tak tahu ianya berbalas atau tidak tetapi sukar bagi aku untuk menolak kerana ianya adalah perkara yang  pertama kali aku rasa..Dengannya aku kenal rasa itu...tak mungkin untuk aku lupakan..dan dengannya jugak aku telah membuat longkang mata selama sebulan..

Untuk rasa itu,perlukah aku berhenti dan lupakan rasa ini...atau aku perlu menunggu hingga ada kata dari dia..
JIKA AKU PUNYA KEKUATAN INGIN SEKALI AKU MELUPAKAN..
AKU AKAN BERHENTI SUKAKAN KAU-----> Oh Ha Ni....

Buat seseorang,mungkin kita tidak pernah merasa tetapi jauh dari lubuk hati ingin sekali aku katakan...

Assalamualaikum buat kalian..:')

No comments:

Post a Comment

Onion Club - Onion Head - Onion-kun