Wednesday, October 5, 2016

AKU MANUSIA

Sakit..Sakit.. Sakit
Sakit bila kita mula sayang ada hati yang berbolak balik
Sakit bila kita percaya ada yang khianati
Sakit bila kita baik-baik je tiba2 ada dugaan datang

Sakit yang susah nak cerita
Ada yang macam sakit jantung
Ada yang macam kena semput
Susah! tapi memang sakit

Bila mula sakit, syaitan mula bisik 
'Teruskan meraung merayu'
'Bomohkan dia'
'Balas dendam lah'

Kita manusia
Bukan kita nak semua dapat
kau kena percaya
ini hikmah sebenarnya

Kata Farah Lee "LIfe is short and dunya is temporary. Don't grieve over things so bad,sometimes we have to let go to give space for a better thing to get in.Maybe the same thing but in better form or just an other better thing"

Percaya dan percaya. Allah dah susun cantik aturan hidup kita. 
atau barangkali kita lupa
"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas dirimu pedihnya sebuah perngharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia.

Ini yang aku kata hikmah. Kita leka kita lupa. 
Tipu kalau cakap tak nangis,pedih sakit semua ada
Tapi Allah dah kurniakan otak yang waras
Fikir balik dan positifkan diri

Kena ingat!
Ada orang lain yang turut terasa bila kita down
Kawan-kawan,keluarga
Akibat terlalu melayan perasaan sedih sampai terlupa siapa yang ada disisi kita

Doa. The powerful tool. Itu je.
Moga yang baik-baik buat kita


P/s: Buat dia, saya dah lama maafkan.

Friday, June 20, 2014

ILUSINASI

kita pimpin tangan
aku lending bahu kau
duduk seiringan
kau kata kau gembira
bagi aku ini bahagia
kau janji segala apa
aku senyum tanpa kata
Aahhhh,cukup indah
Celaka,ini ilusinasi aku semata
bukan aku sahaja
kau juga fikir sama..ini gila..:)



#contengpuisi

DALAM DIAM

Dalam diam aku simpan rasa
Dalam diam kamu,aku suka
Dalam diam kamu,aku puja
Dan dalam diam aku mulai cinta
Tapi kau pandang aku sebelah mata
tak sempat aku ungkap kata cinta
rasa malu bila mahu meminta
sebab itu dalam diam aku bicara..


#contengpuisi

Tak Nampak?

Kau kata dia macam suka pada aku
hanya kerana dia rapat dengan aku

Apa jadah
Aku rapat dengan kau
Tak nampak aku suka kau?

Lembab!!!!


#contengpuisi

Thursday, June 19, 2014

SETELAH 8 BULAN

Assalamualaikum semua!!!!! :)


Hurmmm,mcam chipsmore aku buat blog nie..hehehe *garu-garu kepala*

Bukan apa,sekarang nie makin jarang nak pegang lappy jadi sistem nak meng-update tu agak slow..Bukan apa setelah hampir 8 bulan lepas last entri aku tu,macam-macam berlaku..

HAAAA!! Ni la den nak kobar apa itu setelah 8 bulan.

Sepanjang 8 bulan nie,macam-macam dah jadi,happen,berlaku (ok,maksud sama je)..hahaha

Nak aku senaraikan??
-Final Exam utk last sem aku..Btw,nak kabor yg result aku dah keluar dah aku bole tarik nafas lega sikit sebab takde yang sangkut dan boleh graduate..Yeahhhh,Alhamdulillah. :D

-Lepas je final exam, ada Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UiTM yang berlangsung di 2 buah UiTM Melaka iaitu Alor Gajah dan Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdulillah,one of team dri UiTM Negeri Sembilan dapat break quater cuma tersangkut kat situ jelah..ntw aku tetap bangga dengan semua sebab bukan senang tau lagi-lagi nak dapat break quater lagi.

-Lepas debat, aku attend kenduri kahwin 2 abg sepupu aku. Tahniah my brader dah jadi laki orang. hehehe..

-Lepas tu aku terus cari kerja. Yang nie nak cerita memang panjang. Macam-macam aku tempuh sepanjang cari kerja ni. Boleh dikatakan aku nie sempat la merantau. Hahaha....
Dipendekkan cerita aku dah terai di interview utk job di beberapa kedai di KLIA 2..Gaji banyak beb..Cuma bila interview aku dah berjaya dan2 itu jugak sekolah telefon aku untuk diserap masuk untuk jadi guru sandaran. Siapa tak suka lagi-lagi sekolah tu dekat dengan rumah kau. Tak payah risau pasal hostel semua. Cuma kene buat pilihan dan selepas berbincang dengan family, ayah terus ajak kerja kat rumah je..Dan aku terus tolak tawaran KLIA 2 dan balik semula ke rumah.. (Hahaahha,KLIA kene reject),,hehe  *just joke*


Dan akhirnya, aku selamat menjadi seorang cikgu walaupun guru ganti selama hampir sebulan dan aku masih lagi seorang cikgu. Kontrak gua lama kot.. Mungkin berhenti bila dapat tawaran sambung degree. Mudah-mudahan dapat la kan..Amin..

okay,loceng dah berbunyi...jom balikkkkkk :D

*aku pulak yang suka*


Wednesday, November 13, 2013

SEMUA PAKAI ONLINE??

Assalamualaikum kalian :)

Hurmmm,alasan mungkin sama jugak seperti sebelum ini
*Da lama tak update blog sebab busy*
Tapi kali lain sikit
*Da lama tak update sebab malas dan tak ada mood*
hahahaha...idea ada je nak update tapi kalau mood tak mahu bekerjasama sekali susah laa..

Ok,by the way entry kali nie just nak wat iklan sikit
Al-maklum la blog ada apa salahnya kan nak guna untuk beriklan bisnes sendiri
hiksss.. :)

Ok,First of all korang boleh klik kat link nie MODA LAB (FACEBOOK) atau yang ini MODALABSHOP (instagram) atau kedua2 nya sekali..
but better yang facebook sebab aku selalu update kat situ..
Insta??? Ermmm,since ada satu incident nie aku da jarang update di insta..tapi akan cuba diusahakan jugak to update di insta yee..hehe

MODA LAB NI APA??
ok,nie Q/A yang paling common orang tanya..Moda Lab nie adalah bisnes online yang menjual dress cantik2,shawl terkini,kasut yang gojes,aksesori dan spek hitam yang menawan dan sebagainyaaa bersama warna2 yang sangat cantik dan ada juga colour blocking..Terlalu banyak nak di describe kan just tekan je link yang diatas..Take a look lovely people..weeee :)

EHHH,CANTIK LAA..KALAU BERMINAT MACAM MANA??
The second common orang yang biasa tanya macam mana nak order..Don't worry guys.
Semuanya dah pun diterangkan dalam link tu..
Pm bole and senang melalui wassap or wechat..

So,kalau korang ada masalah nak cari dress cantik2 untuk majlis kawen,tunang,dinner atau baju untuk konvo sekali pun,jangan segan2 cuci mata di MODA LAB..

Feel free to visit and happy shopping :D


# Thank you..credit to : Dina Masnan for ur guide,Amalina Sani for ur help di insta, my family and all my lovely friends.. :D








Sunday, September 29, 2013

Unexpected Event

Time exam je baru terhegeh2 nak update blog,
well,tak de keje langsung kannn *lempang muka sendiri*..kekeke
Okay, ASSALAMUALAIKUM semua...
just nak share some unexpected event,moments,memories...
22 SEPTEMBER 2013
Time ni ada beberapa hari lagi before final 25/9
Ya,beberapa hari tu juga macam-macam benda berlaku
That's why i called it as UNEXPECTED EVENT..
The first things is that time plan 3 pagi punya and terus gerak lebih kurang 11 pagi
Buat kerja gila with last minute planning pegi PORT DICKSON
Kalau dah kempunan nak jumpa pantai,macam-macam cara boleh buat..
and the best part is seronok tengok kawan-kawan kita bukan main seronok nak pergi pantai..Happy for it..
So,unexpected and make us surprise is bila salah seorang bekas lecturer yang pernah mengajar pun join sekali..siap offer naik kereta beliau..Nie memang betul-betul yang tak dirancang..Bak kata orang last minute plan tu lah yang menjadi..hahaha
Seriously,happening sangat jumpa pantai..Kalau boleh nak rumah tepi pantai macam cete Full House (ok,berangan)..hehe

Kami Berempat


After tangkap gambar bagai siap buat nyanyi lagu SAHABAT dengan gitar by Sir Luqman kat tepi pantai,berangkat pulang lah kami ke Pilah.
And the most unexpected event bila end up dengan kes yang tak diduga..The most important things hilang dalam sekelip mata.. :'(
Time tu tak tahu nak cakap apa..Ada orang tanya kenapa tak menangis handphone and spek ko hilang and my answer is "Benda Dah Jadi"...
Perkara yang aku pegang selama nie "Apapun benda buruk berlaku,Ingat!!! Allah dah rancang yang terbaik buat kita"
Aku percaya ini semua ada hikmah.Allah tarik sebab nak gantikan yang lebih baik mungkin.Who knows.


So,benda happening jadikan kenangan,the bad moment jadikan pengajaran.. :D
~GRACIAS~
 


Onion Club - Onion Head - Onion-kun