Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.
Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.
Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?
Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.
Kesimpulan yang dapat saya buat:
E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.
Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment