Sunday, November 13, 2011

~mr.CHOCOLATE~

Kita tak akan bisa mengawal jika ia berkaitan tentang cinta, makin kita nak melupakannya semakin ia tebal melekat di hati ini.
*****
“Hai awak!, boleh kenalan tak ?”.
Seorang mamat mendekati aku dengan wajah yang selekeh just a simple guy, tapi yang menariknya ada lesung pipit kat tempat pipinya, namun aku tidak ingin melayan perasaan ini. Walau terkadang hati ini ingin mendekatinya kerana ada sesuatu didalam dirinya yang membuat aku terasa ingin dekat selalu.
“Awak nak coklat Ferrero Rocher tak ?
Mamat nih dah memang blur ke, baru je kenal dah nak suruh aku ambil coklat, dahlah susah sangat nak sebut nama coklat tuh, berbelit2 lidah ini nak sebut. “Ermmm”, hanya itu yang mampu aku katakan kepadanya.
“Awak nak tak?, janganlah malu2 kucing”
Malu kucing apanya, apalah mamat nih, senang je nak bagi coklatnya kat orang lain, sorry ! saya tidak boleh terima hadiah atau pemberian seseorang yang belum saya kenal.
Nak terima ke atau tak nak ? , ini yang buat otak aku pening nak fikir2.
“Emak aku cakap, jangan mudah nak terima pemberian seseorang yang kita belum kenal, nanti ada maksud disebalik pemberian sesorang tuh”, hehe…terpaksalah aku jual mahal sikit, harap2 dia akan mengalah agar tidak memaksa aku untuk terima coklat kegemaraanya.
Wah !, boleh tahan jugak mamat satu nih, asyik dengan coklat je,” tak boring ke ? asyik makan coklat”, tiba2 je keluar soalan spontan dari mulut aku membuat mamat tuh tersenyum sengeh.
“Aku bagi dengan niat ikhlas tak ada maksud yang tersirat mahupun tersurat, kalau tak sudi tak apalah. Saya memang suka sangat makan coklat nih, kalau tak dapat makan mesti tak boleh tidur”, balas mamat tuh atau lebih tepat mr.chocolate.
“Tapi boleh tak kita kenalan?”. Mamat tuh bertanya lagi.
“Kalau saya kata tak boleh, awak terima tak jawapan dari saya”, lah biasalah nak cuba mengelak sikit, tak kan nak cakap terus terang kat mamat tuh yang aku nak juga berkenalan, mestilah jual mahal sikit barulah best jalan cerita aku dengan mamat nih. (hahaha dalam hati tak ada siapa yang tahu betapa aku terpikat dengan gayanya yang begitu apa kata orang gaya macho, hehehe….gelak sopan dalam hati).
“Kalau tak sudi pun tak apa, saya tak akan paksa awak untuk menerima saya dalam hidup awak”.
Lain jer bunyinya, aku merasa pelik dengan setiap jawapannya, kerana dia tak pernah memaksa aku untuk menerimanya, perlu kah aku berlembut hati dan menerimanya.
“Ermm….., awak serius ke nak berkenalan dengan saya”, usik aku atau lebih tepat aku adalah salina gadis ayu yang suka bertudung purple, suka pada kedamaian walaupun terkadang memang nakal apatah lagi bila ada kaitan dengan hati.
“Biarlah saya fikir dulu nak terima awak atau tak”, usik salina.
“Baiklah awak fikir dulu, saya tidak akan paksa untuk awak menerima saya tapi kalau ada jodoh antara kita, pasti akan berjumpa lagi kat tempat ini”, balas mr.chocolate.
“Macam mana kita nak berjumpa kalau saya tak tahu nama awak?”, balas salina tersengeh.
“Masa kita jumpa nanti, barulah saya bagi tahu nama saya dan masa ini terpulanglah awak nak panggil saya apa, saya akan terima sebab setiap kata dan bicara dari awak tetap saya suka”, balasnya lagi sambil mengusik hati ku.
“Kalau itu dah awak kata, saya tak boleh nak paksa”, balas salina.
****
Namun cinta yang datang bukan sekadar hanya kerana sebuah satu rasa namun ia lebih dari itu, coklat itu telah menghubungkan aku dengan dirinya, di mana dia adalah pujaan hati ku ketika ini dan lebih tepat lagi dia adalah kekasih hatiku Mr.chocolate atau nama sebenarnya Mohd. Haikal Ridzuan.
“Awak ingat tak lagi masa kita mula2 bertemu”, usik haikal.
“Mestilah ingat tak kan tak ingat, hari itu kan adalah hari yang paling bererti antara kita berdua”, balas salina.
“Sekarang awak nak tak lagi coklat kesukaan saya”, haikal mengusik salina.
“Mestilah nak, kan itu tanda pertemuaan kita berdua”, balas salina dengan senyuman bahagia.
“Esok adalah hari bersejarah antara kita berdua, awak terima tak hadiah perkahwinan kita hanya sekadar coklat Ferrero Rocher ”, usik haikal yang ingin menduga hati kekasihnya.
“Ermmm…..saya akan terima walau hanya sekadar coklat, kerana hati ini telah awak miliki, saya tak akan minta sesuatu yang tak mampu awak berikan kepada saya”, usik salina.
“Ye ke…..salina, betul ke bagai di kata, balas haikal penuh mesra.
“Yalah….haikal, memang betul apa yang saya katakan”, dengan penuh mesra salina membalas dan menghadiahkan senyuman yang paling menawan buat mr.chocolate aka haikal.
TAMAT

No comments:

Post a Comment

Onion Club - Onion Head - Onion-kun